Friday, October 30, 2009

Kebebasan Dalam Sekatan.

Saya hormat anda,
Blog ini dipantau!!itulah apa yang saya rasa, sukar bagi saya nak meluahkan dan menyatakan pandangan yang keras di blog ini kerana ramai yang takut pada bayang-bayang sendiri, jaga periuk nasi, jaga kerusi empuk, dan jaga perut. Telah lama saya tak update blog ini disebabkan pengaruh Facebook yang semakin meluak-luak namun pagi ini terdetik juga kehendak nak menulis entri baru. Saya kesal dengan beberapa pihak yang tidak profesional dan sanggup menggadaikan maruah dan diri semata-mata nak jaga orang besar seperti Dato',Dato' Seri, Tan Sri untuk dapat kenaikan gaji dan pangkat malah sanggup cium tangan dan bukakan pintu kereta semata-mata tujuan tersebut. Bagi saya tidak ada masalah nak cium tangan bertujuan nak hormat orang yang lebih tua tetapi ada adabnya, ada masa dan tempatnya tetapi ada segolongan yang sanggup jadi hamba tanpa disuruh. Janganlah gadaikan maruah dan harga diri semata-mata bertujuan tersebut,ia memang kamu itu berpendidikan rendah dan ada yang telah menjadi pesara dan mengambil tugas baru untuk menjaga anak-anak bangsa tetapi ada juga mereka yang berpendidikan rendah tetapi tak berperangai seperti kamu yang lagi sopan santun, rendah diri dan tawadduk. Saya bangga dengan orang yang tidak berpendidkan tinggi (bukan nak merendahkan mereka) tetapi masih lagi hebat dari segi adab,budi bicara malah kadangkala lebih hebat dari orang yang berpendidikan rendah. Saya ucapkan tahniah kerana berjaya dalam beberapa aspek tugas yang tuan-tuan jalankan tetapi kita ini hamba Allah s.w.t,sujud pada arah yang sama malah jika kita sampai masa nanti kita berpakaian putih yang sama dan hancur dimakan bumi pada tanah yang sama kecuali amalan yang membezakan kita.
Semoga Allah s.w.t merahmati kita semua..

Friday, September 11, 2009


Saturday, August 22, 2009

Masa Depan Politik Melayu Dalam Kepelbagaian Isu

Salam,

Menulis pada masa bersahur adalah satu ketika yang amat tenang apabila ditemani bunyi katak,cengkerik dan kadangkala bunyi pelik dari dalam hutan di belakang bilik.Terfikir sejenak apakah zaman blogging akan terkubur sama seperti kepupusan laman maya Friendster?.Fokus kembali...selepas pilihan raya umum ke 12,ada kata-kata yang didengari bahawa politik umat Melayu makin terpinggir dek kerana banyak kerusi wakil rakyat dimenangi oleh bukan Melayu dan jika digabung semua kerusi Parlimen bukan Melayu samada dari pemerintah atau oposisi maka sebuah kerajaan bukan Melayu boleh berjaya dibentuk.Ada yang mengatakan bahawa zaman sekarang merupakan zaman politik baru dan kita perlu menolak politik perkauman.Pelbagai spekulasi dan cakap-cakap kosong serta fitnah acap kali kedengaran samada di dalam suratkhabar,peti televisyen,internet,di kedai kopi,kenduru kawin,kenduri tahlil mengenai politik Melayu.
Kita telah terlalu letih dan terlalu menumpukan kepada persoalan politik selama hampir 24 jam malah sebelum tidur pun kita akan memikirkan soal politik.Sampai bila kita harus memikirkan isu ini dan bahtera politik umat Melayu yang terus bergolak dan pada masa yang sama orang bukan Melayu senang bertepuk tangan melihat percakaran politik umat Melayu.Andainya negara ini pada suatu hari diserang penjajah maka saya tidak terkejut kerana pengkhianat kepada umat Melayu sendiri ialah terdiri dari sebilangan orang Melayu yang gagal menyelesaikan isu umat Melayu tetapi terus menerus berebut kuasa dan harta dengan pelbagai cara termasuklah menjadi pengkhianat.Kita harus memerhati sekeliling,jangan ingat orang yang selalu memekik hidup Melayu itu berjiwa Melayu 100%,dan jangan ingat orang yang pakai Jeans itu 100% berjiwa Barat....pengajarannya ialah kita harus waspada.

Monday, August 10, 2009

Buku Baru Sains Politik


Harga RM 16.00...boleh hubungi saya jika mau.Banyak lagi stok..

Saturday, August 8, 2009

Jangan Pinggirkan Suara Anak Muda

Salam,agak lama tidak menulis sesuatu dalam blog disebabkan perubahan teknologi yang amat pantas hingga membuatkan saya di bayangi Facebook setiap kali di atas talian.Facebook amat lengkap jika dibandingkan dengan laman maya yang lain,anda boleh chatting,berblogger,upload gambar,video.Malah hampir kebanyakan pensyarah Sains Politik telah menceburi untuk berFacebook tahniah Prof/Prof Madya/Dr kerana anda tidak ketinggalan dalam arus perubahan...suara anak muda apakah kaitannya?agak tidak keterlaluan apabila saya katakan suara anak muda di universiti tidak didengari oleh kebanyakan ahli politik samada pemerintah atau pembangkang dan bila pilihanraya nak dekat baru cakap kita perlu mendekati anak muda tapi lepas pilihanraya kamu semua ahli politik sepak kami macam benda tak berguna.Ingat semua ahli politik,kuasa kami sebagai anak muda untuk tentukan masa depan politik kamu ahli politik jangan biadap dengan kuasa anak muda.Kami tidak minta diberi perhatian tapi sekurang kurangnya anda perlu dengar suara anak muda dalam pelbagai konteks.

Mentaliti anak muda pada masa kini adalah lemah kerana melalui proses pembodohan yang amat kritikal samada melalui media dan tekanan.Bagaimana harus kita mengubahnya?

Monday, June 22, 2009

Sama Lah Kita Yang Arif


President of the Court of Appeal, MalaysiaThe Right Honourable Tan Sri Dato' Seri Alauddin bin Dato' Mohd. Sheriff P.M.N., P.S.M, S.S.D.K., D.P.M.J., D.S.D.K., S.M.J., P.I.S.

PROFILE

The Right Honourable Mr. Justice Tan Sri Dato’ Seri Alauddin Bin Dato’ Mohd. Sheriff was born on 7th August 1946 in Kulim Kedah. He had his early education at the Sekolah Menengah Sultan Badlishah, Kulim and Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani and thereafter at the Sultan Abdul Hamid College, Alor Star. His Lordship gained admission to further his studies at the University of Malaya in 1966. His Lordship whilst at the University was offered a scholarship to read law at the Inner Temple, London in 1967. In 1970 His Lordship was admitted as a Barrister-at-Law of Inner Temple.
Upon graduation, His Lordship has held various posts in the legal and judicial service since 1971. His Lordship started his career with the Judiciary by being appointed as a Magistrate in Bukit Mertajam in 1971 and in Kangar in 1972. Thereafter His Lordship was appointed as President of Session’s Court in Sungai Petani, Kuantan and Taiping . In 1977 His Lordship was appointed as the Senior Federal Counsel with the Income Tax Department and the Attorney General’s Chambers. Thereafter His Lordship was appointed as the Legal Advisor for the State of Johore on October 1980 and again in June 1983. On 1st April 1982 His Lordship took the Office of the Legal Advisor of Negeri Sembilan. On 1st June 1979, His Lordship was seconded to Petronas Carigali as the Secretary cum Legal Advisor. His Lordship was then appointed as the Chairman of the Advisory Board in the Prime Minister’s Department since 1st June 1989.
His Lordship was appointed as a Judicial Commissioner of the High Court of Malaya in Kuala Lumpur on 1St February 1992 and was transferred to the High Court of Malaya in Johore in the same year. His Lordship was later elevated as the Judge of the High Court wherein he had served in the High Courts of Johore, Kangar, Perils and Alor Star before being elevated to the Court of Appeal on 15t April 2001. After serving 3 years 3 months and 12 days in the Court of Appeal, His Lordship was elevated to the Federal Court of Malaysia, on 12th July 2004. During his tenure as a Judge of the Federal Court, His Lordship had the occasion of carrying out the duties and functions of the President of the Court of Appeal from 15th August 2006 till 4th September 2007.
On 5th September 2007, His Lordship was appointed as the Chief Judge of Malaya and on 18th October 2008 he was elevated as the President of the Court of Appeal.
His Lordship is married to Puan Sri Datin Seri Munirah Binti Hj Abd. Rahman and they are blessed with 3 children, Khairani, Mohd Imnan and Shuhada.
topek
  • topek anak jati kulim juga 881117-02-xxxx
  • bekas pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah form 1 sampai form 5

Tapi agak malu apabila sistem kehakiman masih di takuk lama walaupun orang kampung Presiden Mahkamah Rayuan..

AWAS,Ia Haram!!




Minuman haram.E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka?Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS?.Saya nak timbukan beberapa persoalan disini di mana Jawatankuasa Fatwa dan Mufti-Mufti negeri di Malaysia yang punyai authoriti dalam isu ini,mereka hanya jaga kerusi empuk di pejabat-pejabat untuk pastikan jawatan mereka tidak hilang.Tidak hairanlah umat Islam yang dilahirkan semakin kucar kacir akibat pemakanan yang tidak halal,ini baru satu pendedahan jenama popular,kita harus berhati-hati
-topek marah-